Brexit Terkini: Rundingan UK-EU Bersambung Hari Ini

657

Menteri Brexit David Davis dan ketua perunding Kesatuan Eropah (EU) Michael Barnier bermesyuarat pada hari ini di London. Perbincangan utama dijangka berkisar tentang hak kerakyatan selepas Brexit dan juga sama ada UK akan tertakluk kepada undang-undang EU semasa tempoh peralihan dua tahun.

Kedua-dua pihak ketika ini mahu memeterai perjanjian secepat mungkin supaya ketua-ketua EU boleh meluluskan perkara itu pada perhimpunan di Brussels pada Mac. Ia sudah tentu akan melegakan perniagaan dan pelabur di UK jika ia berjalan dengan lancar.

Selain daripada itu, kumpulan perunding juga akan bertemu di Brussels pada Selasa hingga Khamis di mana EU akan diwakili oleh Sabine Weyland dan UK diwakili oleh Oliver Robbins untuk membincangkan soal tempoh peralihan.

Pasaran dijangka akan mendapat maklumat hasil rundingan pada Jumaat tentang hubungan UK-EU di masa hadapan. Ini adalah satu peristiwa yang sememangnya penting dan akan mempengaruhi pergerakan matawang GBP pada Jumaat.

Jika tidak banyak kemajuan yang terhasil daripada rundingan ini, pasaran akan menjadi bimbang kerana rundingan perdagangan terpaksa ditangguhkan.

Jika sebaliknya terdapat banyak kemajuan dalam rundingan ini, ia sudah tentu akan menyokong matawang GBP yang sedia dalam tren menaik ketika ini.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat