Brexit: Tiada Angka Akan Dikeluarkan Dalam Rang Undang-undang Brexit Pada Oktober

60

Setiausaha Brexit, David Davis hari ini berkata Britian tidak akan bersetuju dengan sebarang tuntutan daripada Kesatuan Eropah melalui rang undang-undang Brexit pada Oktober nanti.

Kesatuan Eropah mahukan perjanjian Brexit ini digubal dengan tuntutan pembayaran diurus menggunakan matawang Euro sebelum berbincang lebih lanjut berkenaan masa depan hubungan mereka.

“Kami akan berbincang lebih lanjut dan teliti, setakat ini kami tidak akan melaksanakan sebarang tuntutan, dan tiada sebarang angka akan dikeluarkan pada Oktobor atau November,” kata Davis kepada radio BBC.

Davis juga berkata, peralihan Brexit akan tamat sebelum pilihan raya akan datang, pada bulan Mac 2022, dan mungkin mengambil masa selama dua tahun.

“Brexit akan selesai sebelum pilihanraya seterusnya. Saya menjangkakan mungkin dua tahun atau kurang”, kata beliau.

Davis tidak memberi jawapan yang jelas berkenaan urusan sementara kastam, adakah Mahkamah Eropah akan menjadi pengadil atau tidak, tetapi menjelaskan bahawa Britian akan membawa cadangan tersebut kedalam timbangtara post-Brexit antarabangsa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat