BRICS Nak Guna Bitcoin Sebagai Sistem Pembayaran?

1,402

“Wow terbaiklah BRICS, mesti ramai yang sokong dengan tindakannya ini.”

Perikatan ekonomi BRICS baru-baru ini telah mengadakan perbincangan tentang alternatif pembayaran BRICS kepada sistem pembayaran SWIFT, tetapi persoalannya sekarang bolehkah Bitcoin (BTC) disepadukan ke dalam idea itu?

Hal ini kerana dolar Amerika Syarikat (AS) telah menyaksikan kenaikan ketara berbanding mata wang BRICS manakala BTC pula menunjukkan prestasi agak baik, oleh itu penggunaan BTC dalam sistem pembayaran mungkin dapat dipertingkatkan.

Bukan itu sahaja, blok ekonomi yang turut berhasrat mengusahakan penyepaduan aset digital untuk pembayaran BRICS telah membentangkan inovasi teknologi utama di tengah-tengah pasaran kewangan semakin berkembang.

Memang tidak dinafikan BRICS telah membicarakan penciptaan sistem pembayarannya sendiri, namun pakatan ekonomi nampaknya bercakap mengenai alternatif kepada SWIFT di mana ia adalah sesuatu boleh diterima pakai di seluruh dunia.

Jadi di sini dapat dilihat bahawa sistem pembayaran BRICS yang sedang membangun mampu mendapat manfaat daripada penyepaduan BTC susulan dunia sudah beralih ke arah pembangunan aset digital manakala CBDC pula semakin dikenali ramai.

Menerusi pemerhatian dalam tempoh 10 tahun lalu, dolar AS telah kehilangan 99.5% berbanding BTC dan ini membawa makna menyepadukan aset berasaskan blockchain adalah salah satu langkah ke hadapan untuk berkembang.

Suka dimaklumkan juga pembangunan aset digital bersandarkan emas mampu memberikan alternatif positif untuk mata wang termasuk sistem pembayaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat