Britain Boleh Menggunakan Polisi Monetari Ketat atau Longgar

48

Gabenor Bank of England (BoE) Mark Carney dalam ucapannya semalam pada Isnin membincangkan tentang sasaran inflasi dan kestabilan ‘harga’ dalam ekonomi Britain.

Kestabilan harga adalah objektif utama bank pusat ini, tetapi ia adalah atas budi bicara Majlis Polisi Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) untuk mencapai objektif ini. Hal ini disebabkan, rakyat U.K. sendiri boleh menilai kestabilan dalam pertumbuhan ekonomi, pasaran pekerjaan dan pendapatan.

Selepas undian Brexit Jun 2016, Carney sebagai Gabenor BoE mengambil keputusan untuk menurunkan kadar faedah dari 0.50% kepada 0.25% pada Ogos, dalam usaha untuk mengelakkan kejutan permintaan dari luar (external shock).

Walaupun kadar telah diturunkan, BoE masih menjangkakan perbelanjaan akan semakin perlahan pada 2017 berikutan harga import semakin tinggi yang disebabkan kelemahan Pound.

Perkembangan dalam perbelanjaan rakyat akan terus diteliti oleh BoE bagi mendapatkan sebarang isyarat jika ada risiko dalam hal ini. Sebarang risiko dalam perbelanjaan rakyat akan menyukarkan BoE mencapai sasaran inflasi.

Carney menyatakan, perbelanjaan pengguna ketika ini terus meningkat dengan pertumbuhan ekonomi global yang semakin kukuh. Ini bermaksud terdapat potensi peningkatan pertumbuhan ekonomi Britain di masa akan datang.

Selepas ucapan beliau, tiada sebarang pergerakan pasaran yang signifikan khususnya dalam ‘forex market’, dengan pasaran ketika ini memberi tumpuan kepada ucapan Brexit oleh Perdana Menteri Theresa May.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat