Britain Sedia Meninggalkan EU Tanpa Sebarang Perjanjian – David Davis

58

Britain mahu merundingkan perjanjian Brexit bersama Kesatuan Eropah (EU), tetapi dalam masa yang sama bersedia untuk meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian, kata Menteri Brexit, David Davis pada Selasa. Beliau juga menambah bahawa sebarang kesilapan dalam perjanjian tersebut akan menyebabkan kerugian berbillion Pound kepada Britain.

Dalam konferens tahunan Parti Konservatif, Davis berkata kepada ahli parti bahawa kerajaan tidak mahu gagal dalam rundingan ini.

Perdana Menteri Theresa May sebelum ini cuba untuk memperbaiki rundingan bersama ketua-ketua Kesatuan Eropah selepas berlaku banyak ketaksamaan pendirian dalam rundingan perpisahan ini.

Namun, pada awal Selasa, Parlimen Eropah mahu ketua-ketua Kesatuan Eropah menyimpulkan perjanjian Brexit ini dalam perhimpunan pada 19-20 Oktober bahawa tidak banyak kemajuan dalam rundingan Brexit untuk membuka rundingan perdagangan dengan Britain.

“Dalam rundingan tersebut, kita mensasarkan perjanjian yang baik. Dan itulah yang kami harapkan. Walaubagaimanapun, jika hasil daripada perjanjian itu seperti yang tidak diharapkan, Britain bersedia dengan alternatif yang lain,” kata Davis.

“Itulah yang dilakukan oleh kerajaan yang bertanggungjawab. Lain daripada itu adalah pihak yang tidak ada kapasiti dalam melaksanakan tanggungjawabnya.”

Davis berkata, Britain semakin hampir dalam perjanjian hak kerakyatan – salah satu daripada isu yang perlu diselesaikan dalam rundingan pusingan pertama yang dikritik oleh Parti Buruh.

“Ini adalah rundingan yang paling kompleks, di mana jika kita terlepas pandang, satu kesilapan boleh menyebabkan kerugian berbillion kepada pembayar cukai,” kata David Davis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat