‘Britcoin?’ – UK Beri Gambaran Perlaksanaan CBDC

347

Selepas Bahamas, China, Thailand dan Rusia, giliran United Kingdom (UK) pula berhajat mahu menerbitkan matawang digital bank pusat (CBDC).

Khabar itu dilaporkan sendiri oleh HM Treasury semalam, mendedahkan Ketua Perbendaharaan UK, Rishi Sunak mencadangkan penubuhan pasukan untuk menjalankan kajian terhadap potensi penghasilan CBDC.

Berdasarkan dokumen rasmi yang dimuatnaik di web rasmi gov.uk, usaha tersebut menuntut gabungan HM Treasury dan Bank of England (BOE).

Ia akan dipengerusikan oleh dua pegawai: Jon Conliffe (Timbalan Gabenor BOE) dan Katharine Braddick (Ketua Pengarah HM Treasury). Manakala pihak berkuasa yang lain akan menyertai jika diperlukan.

Bagaimanapun, ia sekadar kajian dan siasatan awal terhadap penubuhan aset digital. Pentadbiran UK dan BOE masih belum ada kata putus sama ada mahu memperkenalkan CBDC atau pun tidak di negara itu.

Pada masa yang sama, Sunak pada petang semalam ada memuatnaik tweet: ‘Britcoin?’, seakan-akan memberi gambaran awal jika CBDC dilaksanakan.

Sudah pasti pengenalan CBDC di UK adalah berbeza dengan standard matawang kripto seperti Bitcoin dan lain-lainnya yang jelas tinggi ketidaktentuan harganya.

Paling utama, UK akan menfokuskan matawang digital yang stabil dan patuh undang-undang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat