Broker Dagangan Forex Mengalami Kejatuhan Nilai Saham Mendadak !

111

UK Financial Conduct Authority (FCA) atau Pihak Berkuasa Pengendalian Kewangan UK menyebabkan berlakunya gelombang pada Selasa apabila regulator dalam pasaran Forex dan CFD ini mengambil tindakan untuk mengubah garis panduan semasa dalam pengendalian broker spot Forex, CFD dan spread betting.

Berikutan pengumuman FCA ini yang memberikan tempoh kepada syarikat-syarikat broker ini sehingga 7 Mac 2017 untuk menghantar cadangan berkaitan senarai perubahan yang akan dibuat. Kertas cadangan ini sebenarnya adalah untuk membantu retail trader dari segala risiko dagangan.

Kertas cadangan atau proposal FCA ini adalah termasuk beberapa isi penting. Bermula dengan ketelusan, syarikat broker mesti mendedahkan untung-rugi dalam akaun pelanggan secara terbuka supaya orang ramai mengetahui risiko berkaitan dengan dagangan forex atau CFD.

Selain itu, pelanggan baru yang mempunyai pengalaman kurang dari 12 bulan dihadkan kepada penggunaan leverage tidak lebih dari 1:25. Manakala semua pelanggan atau retail trader akan dihadkan penggunaan leverage maksimum sebanyak 1:50

Akhir sekali, FCA juga mencadangkan untuk menggantung semua pemberian bonus sama ada ia berkaitan trading atau pembukaan akaun forex.

GAIN Capital sebuah penyedia perkhidmatan dagangan atas talian mengatakan menyokong usaha yang dilakukan oleh FCA untuk mengurangkan pemasaran aggresif kepada pelabur-pelabur yang tidak berpengalaman. Kurangnya ilmu selalu diperkatakan sebagai isu yang menyelubungi industri online trading ini kerana tidak mengetahui risiko apa yang mereka dagangkan.

Syarikat pembrokeran ini juga mengatakan, kebanyakan perubahan yang dicadangkan oleh FCA adalah sejajar dengan apa yang dipraktikkan oleh mereka. Broker ini juga akan memberikan kerjasama kepada FCA beberapa bulan ke hadapan.

Malangnya GAIN Capital mengalami kejatuhan saham yang teruk pada Selasa sebanyak 9.09% kejatuhan semasa sesi New York ke paras $6.20.

Plus 500 juga mengalami kejatuhan dari $512 ke paras $364.5 yang terendah sejak 12 bulan lepas.

CMC Markets mengalami kejatuhan nilai saham sebanyak 37%, manakala IG Group menyusut 39%.

Hal ini sudah tentu berlaku kerana andaian bahawa kurangnya aktiviti perniagaan dari kalangan syarikat broker ini berikutan halangan yang akan menyukarkan pihak mereka mendapatkan pelanggan-pelanggan baru.

 

Pihak Berkuasa U.K. (FCA) Mengetatkan Regulasi online-trading

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat