BTC Kekal Kehilangan Nilai – Pasaran Bitcoin Bakal Berdarah Seperti Yang Berlaku Pada 2018?

480

Harga Bitcoin sekali lagi didapati dalam keadaan tidak ‘bermaya’ kerana tidak menunjukkan apa-apa langkah yang mengyakinkan untuk terus meroket tinggi. Ini bertambah buruk apabila jumlah dagangan semakin berkurangan, dimana ‘volume’ merosot secara menyeluruh.

Indikasi terkini harga BTC membawa kepada dapatan sebagai penganalisis bahawa terdapat kesamaan corak teknikal pada kali ini dengan corak teknikal yang berlaku dalam pasaran ‘bearish’ pada tahun 2018.

Menurut seorang penganalisis dari CryptoQuant, harga BTC membentuk corak teknikal yang hampir sama dengan harga pasaran bearish 2018. Keadaan lain juga dilihat agak serupa, termasuk jumlah dagangan berkurangan dan turun naik.

img1_cryptoquant_chart

Pergerakan bitcoin dalam jangka panjang telah menurun dan turun naik harga menjadi sangat rendah. Jika corak segi tiga semasa menurun kemudia ditambah pula harga yang menyimpang daripada garis sokongan, terdapat kemungkinan bahawa pasaran akan terus ‘bearish’.

Pada masa penulisan ini, harga Bitcoin didagangkan sedikit di atas $19,000. Ia merosot daripada paras tertinggi semalam pada sekitar $19,700, tidak dapat menembusi rintangan yang diidamkan pada $20K.

Satu lagi sumber analitik popular, Glassnode, berhujah bahawa pasaran Bitcoin bersedia untuk meledak sama ada ke bawah mahupun ke atas. Pelbagai sebab membawa kepada kesimpulan itu termasuk perkara-perkara di bawah :

– SPOR mingguan menghampiri nilai pulang modal.
– Harga Bitcoin didagangkan secara relatifnya hampir dengan tahap rintangan kritikal $20K menjadikannya lebih berkemungkinan bahawa turun naik akan meningkat.

Walau bagaimanapun, sumber analitik tersebut gagal memberikan ramalan arah, dengan alasan bahawa pasaran boleh beralih ke mana-mana arah.

Sementara itu, sentimen pasaran BTC kekal dalam keadaan ketakutan yang melampau, menurut AlternativeMe. Ia telah bertambah baik sedikit dalam beberapa hari yang lalu, tetapi ia kekal menghampiri paras terendah kitaran dalam tempoh 1 tahun pada carta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat