BTC Kendur Ke $66K, Harga Sebenarnya Nak Pergi Mana?

352

“Hmm agak-agak minggu depan pula ke harga BTC akan buat pergerakan ketara?”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) merosot semula sehingga $66,299 apabila terbitan data Indeks Harga Pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) bagi Mei 2024 didapati lebih rendah daripada jangkaan secara keseluruhan.

Penurunan harga BTC turut tercetus sejurus selepas miners BTC bertindak menjual pegangannya disebabkan kos pengeluarannya yang semakin meningkat ditambah pula terdapat kenaikan dalam Over-the-counter (OTC) desk sales.

Menurut Ali Martinez, penganalisis kripto terkemuka yang mengaitkan prospek pasaran semasa ini dengan acara halving BTC disiarkan secara pada April 2024 telah berkata kos mining untuk BTC telah meningkat secara ketara selepas halving.

Beberapa hari lalu, pemindahan dari mining pools ke Binance telah melonjak sehingga mencapai kemuncak 2 bulan melebihi 3,000 BTC dan peralihan ini adalah sejajar dengan correction harga yang menurunkan BTC pada $66,000.

Dengan Jun hanya dua minggu berlalu, Marathon Digital Holdings Inc telah menjual 1,400 BTC berbanding Mei yang hanya 390 unit yang merupakan jualan mewakili 8% daripada pegangan BTC mereka.

Perlu diketahui juga yuran transaksi BTC menurun secara drastik daripada 117 kepada 65 BTC, tetapi jika permintaan daripada pengeluar spot BTC ETF kekal kukuh maka harganya dapat menuju ke arah kenaikan lebih tinggi.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.74% pada paras $66,725 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.3 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 5.78% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat