BTC Menangis Darah Ke $56K, Harga Nak Tenggelam Sampai Mana Lagi?

561

“Pergh jatuh lagi bawah, tapi takpe korang boleh la kaut lagi masa harga diskaun.”

Pasaran mata wang kripto merah menyala pada pembukaan pasaran sesi Asia pagi ini apabila harga Bitcoin (BTC) merudum sehingga $56,723 sejurus selepas kerajaan Jerman memindahkan lebih $300 juta ke bursa aset digital.

Ditambah pula wallet dijejaki Arkham Intelligence menunjukkan wallet Mt.Gox menjalankan transaksi ujian dengan memindahkan $25 dalam BTC merentas tiga transaksi ke wallet berbeza yang turut menyumbang pada tekanan jualan di seluruh pasaran kripto.

Susulan kejatuhan ketara BTC, lebih 74,000 pedagang telah liquidated kira-kira $208 juta di mana majoriti daripada mereka adalah pelabur yang memegang positions long yang bertaruh pada kenaikan harga.

Pasaran kripto termasuk BTC turut terkesan disebabkan ucapan terbaru Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang mengesahkan pendirian hawkish pegawai Fed mengenai pemotongan kadar faedah tahun ini.

Menurut Markus Thielen, penganalisis 10x Research berkata bahawa penurunan mendadak disaksikan BTC itu mungkin hanyalah permulaan susulan harganya mampu tergelincir lagi sehingga $50,000 yang akan membentuk corak double-top.

Sementara penganalisis kripto terkemuka Michael Van de Poppe pula meramalkan harga BTC akan merudum di bawah paras rendah 1 Mei 2024 pada $56,000 bagi mengumpul liquidity bahagian permintan sebelum meneruskan penurunan ke $52,809.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 3.1% pada paras $57,226 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.1 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 7.47% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat