BTC Pagi-Pagi Dah Buat Hal, Terjun Hingga $26K!

200

“Menyampah betul dengan BTC, naiknya tak asyik nak turun je.”

Pada pembukaan sesi pasaran Asia hari ini, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) nampaknya terjun sehingga sekitar $26,010 dari paras $26,700 apabila pasaran ekuiti menyaksikan tekanan jualan ketara manakala dolar Amerika Syarikat (AS) pula melonjak.

Dilaporkan, S&P 500 dan Indeks Komposit Nasdaq masing-masing telah merosot sebanyak 2.7% dan 3.2%.

Bilangan pemegang jangka panjang dalam kripto yang hampir mencapai tahap tertinggi sepanjang masa telah menunjukkan bahawa mereka enggan menjual sebarang aset digital sebelum spot BTC ETF di AS diluluskan.

Jadi di sini dapat dilihat pelabur jangka panjang bukan sahaja dapat membantu pasaran kripto mengekalkan harganya malah mengambil keuntungan ketika aset digital buat pergerakan menaik untuk capai paras tertinggi baharu.

Walaupun masih tidak pasti berapa lama lagi BTC akan mengalami penurunan susulan daripada persekitaran makroekonomi yang teruk, jumlah pelabur jangka panjang yang berjaya meningkat secara berterusan dapat menandakan bahawa momentum bullish seterusnya sudah menghampiri.

Menurut Rachel Lin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SynFutures berkata $27,800 adalah zon rintangan kukuh untuk BTC pada minggu akan datang sementara $26,000 sehingga $26,500 merupakan zon sokongannya.

Bagaimanapun, Lin berpandangan pedagang akan membuka positions agak besar untuk puts options* semasa BTC berada pada $24,000 dan melakukan call options jika harganya cecah $35,000.

*Sejenis kontrak yang memberi pembeli hak, tetapi bukan kewajipan, untuk membeli aset asas pada harga yang telah ditetapkan dan dalam jangka masa tertentu

**Hak untuk menjual aset pada harga yang telah ditetapkan

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.13% pada paras $26,284 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $512 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan 0.68% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat