BTC Rehat Dulu Bawah $28K Sambil Memerhati FOMC!

210

“Pelabur rasa masa FOMC nanti BTC akan naik atau turun?”

Harga ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) menyaksikan pergerakan mendatar menjelang keputusan kenaikan kadar faedah bank pusat Amerika Syarikat (AS) seterusnya pada awal pagi Khamis nanti.

Namun, BTC pada awal Isnin berjaya melepasi $28,400 selepas Federal Reserve (Fed) AS mengumumkan akan bekerjasama dengan lima bank pusat untuk pastikan aliran dolar AS stabil dan mata wang rizab yang dominan dalam sistem kewangan global.

Menurut Stefan Rust, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Truflation berkata bahawa kepercayaan terhadap sistem perbankan fiat yang semakin berkurangan telah menjadi sebab kebanyakan pelabur percaya BTC adalah save heaven.

Harga BTC turut melihat peningkatan apabila krisis bank bukan sahaja memberi kesukaran untuk mengakses emas, malah beberapa negara takut akan inflasi serta hiperinflasi, ulas Rust lagi.

Rentetan itu, BTC berkemungkinan akan melonjak lebih tinggi sekiranya Fed bertindak lebih dovish dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ataupun tiada kenaikan langsung semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS.

Umum mengetahui prestasi kripto berada dalam keadaan baik apabila kebanyakan pelabur mula beralih ke aset digital selepas krisis perbankan global, namun perlu diingat potensi BTC pada masa hadapan masih sukar untuk ditentukan, ujar Shaughnessy dari Delphi Digital.

Pun begitu, pengumuman FOMC esok berupaya menentukan pergerakan BTC seterusnya tetapi harga aset digital tersebut mampu terkesan jika Fed membuat tindakan yang agresif.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC masih berlegar pada paras $27,807 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $538 bilion manakala Ethereum (ETH) turun 1.94% pada $1,748 dan Ripple (XRP) pula tergelincir 2.56% pada $0.37.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat