BTC Tawar ‘Economic Immortality’, Harga Bakal Cecah $10 Juta! – Michael Saylor

369

“Michael Saylor memang sangat optimis terhadap BTC, sangat rilek je sepanjang masa.”

Michael Saylor, pengasas MicroStrategy semasa berada dalam wawancara podcast selama 84 minit telah menyuarakan tentang kebaikan Bitcoin (BTC) yang bakal mencecah $10 juta kemudian seluruh negara China akan berada di belakang mata wang kripto tersebut.

Wang yang sempurna adalah keabadian ekonomi (economic immortality) manakala wang tidak sempurna ialah apabila masyarakat mempunyai kehidupan singkat dan kejam, ulas Saylor sambil menambah BTC merupakan masa depan wang.

Diperjelaskan Saylor lebih lanjut, ekonomi adalah pseudosains sebelum Satoshi susulan ia adalah seni liberal separa agama yang dipenuhi pelbagai pendapat, prasangka dan berat sebelah ditambah pula semula ahli ekonomi kebanyakannya mengusahakan undang-undang ekonomi dengan instrumen kredit.

Jadi di sini dapat dilihat pandangan Saylor itu membawa makna bahawa firma yang melabur dalam BTC diposisikan untuk bertahan lebih lama daripada mereka yang masih terperangkap dalam kelemahan korporat lama.

Purata jangka hayat sesebuah firma adalah melebihi 10 tahun sekiranya bercakap berhubung menghapuskan kematian korporat mahupun bercakap tentang meregangkan daya ekonomi dengan mudah.

Pada sisi berbeza, MicroStrategy baru-baru ini dilaporkan membeli lagi 11,921 BTC tambahan bernilai $786 juta di mana kini firma tersebut secara keseluruhannya berjaya memiliki BTC sebanyak 226,331 BTC.

BTC pada masa ini pula gagal memulih susulan harganya berterusan menurun sehingga $62,965 disebabkan beberapa punca termasuk penunjuk dijejaki firma analisis Santiment yang menunjukkan sentimen orang ramai terhadap BTC kini berada dalam bacaan negatif melampau minggu keempat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat