BTC Terguling Lagi Bawah, Harga Dijangka Ke $34K Pula?

374

“Nasib baik naik balik sikit, tapi tulah takut tiba-tiba nak jatuh lagi.”

Kejatuhan raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) sehingga $38,600 telah menyebabkan penganalisis meramalkan correction mampu berlaku kira-kira 30% lagi yang akan menurunkan harganya kembali pada $34,000.

Menerusi pemerhatian, terdapat $225 juta liquidation dalam masa 24 jam lalu susulan majoriti meletakkan positions long bagi BTC dan Ethereum (ETH) ditambah pula Grayscale terus menjualnya, tetapi masih memiliki $550,000 BTC dalam Bitcoin Trust (GBTC).

Meskipun begitu, 27,717 BTC bernilai $1.1 bilion telah dibeli oleh pengeluar dana secara bersih sejak spot ETF dilancarkan sungguhpun terdapat aliran keluar dari GBTC.

Menurut Gabor Gurbacs, pakar strategi Tether dan VanEck berkata bahawa BTC ETF telah menyerap penjualan GBTC oleh FTX secara pantas dan tanpa kesan yang besar, tetapi perlu diketahui jumlah modal pasaran turun 2.8% pada $1.65 trilion.

Namun, harga BTC pada pagi ini telah memulih sedikit apabila miners BTC lebih cenderung untuk mengumpul sejumlah besar aset digital itu semasa harganya rendah dan jualnya selepas melihat potensi keuntungan.

Memang tidak dinafikan aliran bersih mencatatkan campuran aliran masuk dan keluar, tetapi rizab miners telah meningkat sebanyak 6,562 BTC iaitu penambahan $264 juta yang menjadikan jumlah rizabnya pada 1.824 juta BTC.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.60% pada paras $39,960 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $783 bilion dan merekodkan penerjunan sekitar 7.30% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat