Buat Pertama Kali Bursa Tak Cerminkan Prestasi Wall Street

262

Sungguhpun Wall Street mencatat prestasi keuntungan dengan data indeks harga pengeluar yang lemah dari jangkaan, Bursa Malaysia dilihat gagal mencerminkan pergerakan tersebut menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 3.04 mata pada 1,447.50 sebelum turun 8.86 mata pada 1,441.68 berbanding penutupan Selasa pada 1,450.54.

Di pasaran meluas, kerugian pada 153 atasi keuntungan pada 105, manakala 188 kaunter pula tidak berubah, 1,879 tidak didagangkan dan 13 digantung.

Jumlah perolehan pada 88.74 juta unit bernilai RM40.90 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, bursa tempatan memperlihatkan penjualan rancak berlaku semalam menjelang PRU untuk ditutup pada paras sokongan 1,450 namun aktiviti bargain-hunting dijangka menyokong indeks pada julat 1,445-14,60 hari ini.

Selain itu, faktor bahawa syarikat tempatan bakal memasuki musim laporan pendapatan mungkin mendorong aktiviti pembelian pada sektor perbankan dan telekomunikasi.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank Bhd turun 4 sen pada RM8.46 pada RM4.33, Petronas Chemicals Group Bhd jatuh 5 sen pada RM8.57, CIMB Group Holdings Bhd hilang 7 sen pada RM5.34 dan IHH Healthcare Bhd susut 2 sen pada RM5.94.

Saham aktif memperlihatkan Advance Synergy Bhd turun 0.5 sen pada 12 sen, Malaysia Steel Works (KL) Bhd naik 7.5 sen pada 34 sen dan Malaysian Resources Corporation Bhd lonjak 0.5 sen pada 29 sen sementara Icon Offshore Bhd kekal pada 14.5 sen dan Iris Corporation Bhd mendatar pada 12.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas Shariah turun 28.09 mata pada 10,415.88, indeks FBM Emas kuncup 42.48 mata pada 10,273.19,  FBM ACE susut 27.97 mata pada 4,985.15, indeks FBMT 100 jatuh 46.6 mata pada 9,998.37 sementara FBM 70 naik 2.1 mata pada 12,306.67.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan turun 98.57 mata pada 16,073.16, indeks Perladangan jatuh 56.24 mata pada 6,875.22, indeks Produk serta Perkhidmatan susut  0.28 mata pada 178.38, sementara indeks Tenaga tambah 4.57 mata pada 730.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat