Buat Pertama Kali, XRP Bergolek Jatuh #7

3,353

Baru beberapa hari XRP berada di tangga keenam, matawang kripto tersebut kini berada di kedudukan ketujuh berdasarkan permodalan pasarannya bernilai lebih $23 bilion.

Tiada siapa menyangka kesan saman Securities and Exchange Commission (SEC) terhadap Ripple mampu menenggelamkan XRP ke paras terendah, sesuatu yang tidak pernah berlaku.

Malah, faktor para pelabur yang menjual XRP seperti tindakan bekas CTO dan pengasas Ripple, Jed McCaleb menjual majoriti pegangan XRP-nya sejak minggu lalu lebih mengeruhkan keadaan.

Bertahun-tahun XRP bertahan di kedudukan ketiga selepas Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH), kini Tether (USDT) pula tampil sebagai pengganti.

Ini kali pertama XRP berada di belakang dengan harga semasa penulisan $0.52, susut 3.66% dalam 24 jam, diatasi Binance Coin (BNB), Cardano (ADA) dan Polkadot (DOT). Berbaki tiga lagi kedudukan sebelum tersingkir dari carta 10 teratas, masih adakah peluang lagi untuk XRP?

Ketika harga XRP terus menyusut, kebanyakan altcoin lain mencatatkan harga berlipat kali ganda tingginya. Tinggallah XRP di belakang kerana kebanyakan pelabur lebih tertarik dengan altcoin yang lebih berpotensi ketika ini.

Bagaimanapun, XRP hodlers yang masih yakin dengan matawang Ripple ini janganlah putus asa! Jika Ripple menang dalam tuduhan SEC, sudah pasti XRP mampu merampas semula kedudukan asalnya.

Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan XRP bakal membuat kemunculan yang lebih dahsyat berbanding altcoins lain, mencatat satu lagi rekod dalam sejarah kripto.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat