Bubble Di China Akan Pecah Lagi?

54

Walaupun kejatuhan pasaran saham China pada tahun lepas masih menjadi buah mulut orang ramai, impaknya terhadap ekonomi tanah besar tidak sebegitu besar kerana ia hanya memainkan peranan kecil didalam sistem kewangan China berbanding dengan bon dan hartanah pula.

Persoalan sekarang, adakah China mampu untuk menangani bubbles di dalam bon dan hartanah yang semakin lama semakin kritikal. Kejatuhan tahun lepas merendahkan keyakinan orang ramai terhadap keupayaan regulator di China untuk mengawal keadaan. Pada separuh pertama tahun 2015, pembuat dasar telah membiarkan leverage naik tanpa kawalan. Apabila pasaran sampai ke puncak dan margin call telah mempercepatkan kemerosotan, ia sudah pun terlambat.

Hartanah merupakan pasaran yang mempunyai paling banyak permintaan di China. Jika bubble pecah, efeknya akan lebih teruk daripada kejatuhan pasaran ekuiti tahun lepas. Tanda-tanda amaran sudah muncul melalui bond default dan pembatalan issuance sejak beberapa bulan lepas. Selain dari itu, indikator ekonomi bagi Jun menunjukkan bibit-bibit berakhirnya kenaikan harga hartanah.

Antara punca utama masalah ini adalah kekurangan peluang melabur di ekonomi China memaksa mereka meletakkan duit didalam bubble berunsur spekulasi seperti ekuiti, metal, bon dan hartanah. Pemotongan kadar faedah berulang kali masih tidak menarik minat syarikat untuk meminjam. Didapati juga perbelanjaan dari firma swasta semakin merosot dan syarikat diselia kerajaan yang terpaksa mengambil alih tugas merancakkan ekonomi buat masa ini.

Tindakan firma swasta adalah disebabkan lambakkan didalam sektor seperti besi sehingga ke barangan sukan mengurangkan minat mereka melabur. Pembukaan pasaran untuk pelabur dari sektor swasta yang perlahan juga adalah antara punca-punca lain.

China perlu memperlahankan kredit tanpa menganggu ekonomi, memperketatkan undang-undang dan membesarkan keperluan modal untuk produk pengurusan kekayaan. Tetapi, selagi pertumbuhan pinjaman tidak selaras dengan GDP, masih tidak menampakkan perubahan ketara dalam ekonomi.

Kerajaan mesti menstabilkan kos jangka masa pendek dengan keuntungan jangka masa panjang dalam perubahan korporat. Walaupun pemotongan kadar dalam kapasiti berserta pembukaan pasaran secara agresif dapat membantu, pada masa yang sama juga akan mengoyahkan firma seliaan kerajaan.

Walau macam mana sekalipun, pengajaran yang China perlu berlajar dari 2015 adalah campur tangan awal lebih baik dari membiarkan krisis menjadi kritikal dan akhirnya terlalu lambat untuk diselamatkan.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat