Bukan AS! Tapi UK Yang Dapat Vaksin Dulu

862

UK mungkin akan memberikan kelulusan untuk vaksin Covid-19 oleh Pfizer dan BioNTech pada minggu ini, lebih cepat daripada Amerika Syarikat, lapor The Telegraph.

Memetik kepada sumber-sumber daripada kerajaan, media itu melaporkan bahawa pengawal selia UK akan mula membuat penilaian formal terhadap vaksin yang dibuat oleh syarikat tersebut.

Sementara Perkhidmatan Kesihatan Nasional UK (NHS) pula diberitahu untuk bersedia bagi mula memberikan vaksin seawal 1 Disember. Setiap orang dewasa di negara ini akan divaksin pada bulan April menurut draf rancangan oleh NHS.

Pengagihan vaksin untuk rakyat yang berusia antara 18 hingga 50 tahun mungkin akan bermula pada akhir Januari, di mana setelah golongan berisiko tinggi iaitu orang tua dan pekerja barisan hadapan diberikan vaksin.

Bagaimanapun, pegawai kesihatan mengatakan masih terlalu awal untuk membuat jadual waktu pemberian vaksin memandangkan ia masih bergantung kepada kelulusan dan ketibaan vaksin di negara itu.

Sebelum ini pihak INTRADAY ada melaporkan bahawa Amerika Syarikat dijangka akan menerima vaksin pertama Covid-19 sehari selepas Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) meluluskan penggunaannya pada pertengahan bulan Disember.

FDA memberitahu pada hari Jumaat bahawa mereka akan bertemu pada 10 Disember untuk membincangkan sama ada vaksin tersebut akan diluluskan atau tidak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat