Bukan Biasa-Biasa, Justin Sun Terima $160.7 Juta Dalam Kripto Ini!

422

“Wow banyaknya, jadi adakah harga ETH akan meneruskan kenaikan lebih tinggi?”

Address disyaki dikaitkan pengasas Tron Justin Sun yang memperoleh $160.7 juta dalam Ethereum (ETH) telah mencetuskan spekulasi dan minat dalam komuniti mata wang kripto susulan harganya berpotensi meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Urus niaga telah dilaksanakan melalui Binance dan pelbagai bursa decentralized (DEX) di mana wallet itu pada Ahad lalu mengeluarkan 500 juta Tether (USDT) daripada HTX kemudian membuat deposit besar 50 juta USDT ke dalam Binance pada hari ini.

Rentetan itu, penganalisis mendedahkan bahawa terdapat seseorang yang mempunyai sumber dan pengaruh besar dalam dunia kripto, antaranya adalah Sun.

Spekulasi itu disokong oleh corak transaksi wallet yang menunjukkan korelasi ketara dengan address lain “0x7a95” dan corak itu termasuk deposit $5.4 juta kepada HTX oleh TWGHnc serta pengeluaran serupa dalam ETH daripada HTX.

Pengumuman Sun baru-baru ini mengenai penyelesaian Bitcoin layer-2 untuk meningkatkan kesalingoperasian dalam ekosistem blockchain telah mencetuskan keterujaan dan ia bertujuan untuk mengintegrasikan pelbagai jenis token dalam rangkaian Tron.

Dengan rancangan untuk bridge lebih $55 bilion pada rangkaian BTC, inisiatif TRON untuk memajukan teknologi blockchain dan mempromosikan kerjasama platform boleh memberi impak positif pada harga ETH.

Pemerolehan $160.7 juta dalam ETH oleh wallet dikaitkan dengan Sun boleh ditaksirkan sebagai isyarat kenaikan harga untuk ETH dan ia juga mencerminkan minat serta keyakinan yang makin meningkat terhadap potensi ETH.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat