Bukan Kripto Je, Emas Pun Meroketlah

994

Emas akhirnya berjaya memecah tembok harga $1,800 pada sesi New York, dan meneruskan kenaikan lebih tinggi pada sesi Asia hari ini dengan didagangkan kukuh pada $1,815 per auns.

Ini didorong oleh penurunan US dolar dan pergerakan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang terus melemah, sekali gus menyokong dagangan logam kuning emas untuk melonjak ke paras tertinggi 3 bulan.

Hasil bon AS 10 tahun kekal lemah di sekitar tahap 1.56%, menghampiri paras terendah dua minggu.

Sementara US dolar pula merosot ke paras terendah satu minggu berbanding pesaing utamanya, menjadikan emas lebih murah untuk pemegang matawang utama lain.

Selain itu, pengukuhan harga turut disokong oleh kenyataan beberapa pegawai Federal Reserve (Fed) yang terus menyuarakan dengan tegas bahawa bank pusat akan mengekalkan kadar faedah semasa walaupun melihat kenaikan inflasi kerana ia dianggap hanya sementara.

Terdahulu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen mengatakan bahawa kadar faedah AS perlu dinaikkan untuk membendung daripada kenaikan inflasi dan ‘overheating’ dalam ekonomi.

Dalam pada itu, tumpuan pasaran seterusnya akan disasarkan kepada pengeluaran laporan NFP AS yang dijangka akan menunjukkan peningkatan sebanyak 978,000 pekerjaan baru pada bulan April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat