Bukan Matawang Utama Je, Harga Minyak Pun Naik Balik Ni!

207

Dagangan komoditi hitam kembali meraih sokongan selepas menyaksikan penurunan dalam data bekalan minyak mentah Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh badan kerajaan, Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA).

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat meningkat 18 sen kepada $48.30 setong, sementara minyak mentah Brent pula menokok 20 sen pada $51.40.

Kedua-dua penanda aras telah mencatatkan peningkatan lebih 2% pada hari Rabu.

EIA melaporkan stok minyak mentah AS jatuh sebanyak 562,000 tong pada minggu lepas. Bagaimanapun, data yang terbitkan lebih lemah daripada jangkaan untuk pengurangan sebanyak 3.18 juta tong.

Menurut penganalisis, penurunan dalam bekalan minyak mentah AS serta tanda-tanda kesepakatan Brexit yang berpotensi menyebabkan US dolar lebih lemah adalah berita baik, tetapi kebimbangan berterusan mengenai varian baru coronavirus telah membataskan peningkatan komoditi ini.

Para pelabur tetap bimbang terhadap pemulihan permintaan bahan bakar susulan varian baharu coronavirus yang lebih cepat menular sehingga mendorong sekatan lebih ketat di Britain.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat