Bukan Mudah Saham Syarikat Ini Melonjak Tinggi

977

Harga saham See Hup Consolidated Bhd di Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam sesi dagangan awal hari ini selepas kumpulan itu mengumumkan telah mendapat kontrak bernilai RM99.01 juta daripada China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd kelmarin.

Lapor Bernama, sehingga 9.40 pagi, kaunter itu meningkat 30 sen kepada RM1.25, dengan 149,400 saham bertukar tangan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin, See Hup berkata kontrak itu yang akan dijalankan oleh anak syarikat 51% miliknya iaitu SH Moment Builder Sdn Bhd (SHM), adalah untuk pembinaan sebahagian daripada kerja tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

China Communications merupakan kontraktor untuk projek mega berkenaan.

Ujar See Hup, surat penerimaan yang diterima SHM pada hari ini menyatakan bahawa projek itu melibatkan pembinaan dan penyiapan sebahagian daripada kerja tanah Pakej 1, Seksyen 4 ECRL.

“Projek selama 28 bulan itu akan bermula pada 1 Mac dengan dana dalaman atau pinjaman luar,” jelasnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat