Bullish Separuh Jalan, Kenaikan GBP/JPY Terkandas Pada ¥169.00

154

Pada mulanya pelabur telah melihat isyarat untuk perubahan arah harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY di awal minggu ini.

Harga telah menunjukkan corak kenaikan sekaligus mengakhiri pergerakan bearish pada minggu sebelum ini setelah terjunan harga dari paras ketinggian 172.00.

Harga yang susut mencecah ke paras sekitar 165.200 di penghujung minggu lalu akhirnya telah memaparkan lonjakan semula di awal minggu ini mencapai paras 169.00.

Pound gagal untuk mengekalkan pengukuhan apabila didagangkan lebih lemah berbanding Yen pada Rabu semalam. Pelabur mula berwaspada menjelang terbitan data pertumbuhan ekonomi UK?

Jika diteliti, data keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang bakal diterbitkan dijangkakan catat bacaan yang lemah. Ini berkemungkinan akan memberi kesukaran untuk bank pusat meneruskan pengetatan dasar monetari.

Pada Rabu semalam, harga pada carta GBP/JPY yang membuat terjunan dari paras 168.00 telah menunjukkan pergerakan di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat perubahan trend bearish semula.

Setelah gagal untuk melanjutkan corak kenaikan di awal minggu, harga telah susut ke paras 166.200 di penghujung sesi New York semalam sebelum terdapat lantunan perlahan harga pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi Khamis.

Sekiranya harga masih melanjutkan penurunan lebih rendah, zon support pada 165.00 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji lagi minggu ini setelah 4 minggu harga berada di atas zon tersebut.

Penurunan lebih rendah yang dilanjutkan dijangka berpontensi untuk mencecah sehingga paras sekitar 162.00.

Namun, jika harga berjaya melonjak semula menuju dagangan penghujung minggu ini, rintangan pada 168.00 akan diuji sebelum harga yang melepasi halangan MA50 akan menjadi isyarat awal perubahan trend bullish.

Dan jika harga berjaya menyambung semula kenaikan di awal minggu, berkemungkinan ketinggian dicapai pada 169.00 minggu ini mampu diatasi sebelum catatkan ketinggian terbaru.

Sasaran seterusnya adalah untuk kembali semula ke paras rintangan pada ketinggian 172.00 yang telah dicapai pada awal minggu lepas.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat