Bursa Akhirnya Kecundang Pada Penghujung Minggu

174

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.83 mata pada 1,537.32 daripada penutupan hari Khamis pada 1,541.15.

Indeks dibuka rendah 0.45 mata pada 1,540.70.

Bursa dibuka pada pagi hujung minggu ini dengan prestasi lemah ekoran aktiviti profit-taking sederhana pada saham wajaran berat terpilih, sungguhpun terdapat trend positif pada pasaran serantau.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 378 mengatasi kaunter untung pada 293, manakala 328 kaunter pula tidak berubah, 1,321 tidak didagangkan dan 40 digantung.

Jumlah perolehan pada 951.39 juta unit bernilai RM442.93 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan lantunan dan minat belian di Wall Street melimpah ke saham teknologi tempatan.

Tambahnya, pelabur mungkin perlu memberi perhatian kepada saham teknologi kerana sebahagaian daripada pendapatan mereka telah stabil dalam musim laporan baru-baru ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) susut 1 sen pada RM8.97, Public Bank Bhd jatuh 2 sen pada RM4.58 dan Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) naik 10 sen pada RM9.97 sementara IHH Healthcare Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM6.49 dan RM5.01.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd dan Cnergenz Bhd tambah 1 sen pada 8.5 sen dan 68.5 sen, dan Techna-X Bhd capai 0.5 sen pada 5.5 sen sementara Ta Win Holdings Bhd kekal 12.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE menurun 27.91 mata pada 5,178.07, indeks FBM Emas Shariah menyusut 3.54 mata pada 11,350.28, indeks FBM Emas mengurang 16.03 mata pada 10,968.51, indeks FBMT100 merosot 16.05 mata pada 10,659.76 da FBM70 mengukuh 22.89 mata pada 13,110.98.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan memulih 0.24 mata pada 198.58, indeks Perkhidmatan Kewangan mencapai 19.25 mata pada 16,570.6 dan indeks Perladangan memacu 1.26 mata pada 7,989.95.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat