Bursa Alami Penyusutan Pada Hujung Minggu Angkara Prospek Global

174

Sesi dagangan Bursa Malaysia bermula mendatar sebelum menjunam ke wilayah negatif ekoran sentimen kebimbangan menular dengan prospek ekonomi global dilihat suram.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 1.57 mata pada 1,418.49 daripada penutupan hari Khamis pada 1,420.06.

Indeks dibuka mendatar pada 1,420.06.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 135 mengatasi kaunter rugi pada 128, manakala 206 kaunter pula tidak berubah, 1,807 tidak didagangkan dan 20 digantung.

Jumlah perolehan pada 167.08 juta unit bernilai RM39.18 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan sentimen pasaran tempatan bertukar keruh untuk jangka masa terdekat selepas mengambil isyarat keadaan di Wall Street yang diburukkan dengan laporan negatif pendapatan bank.

Ulas firma tersebut lagi, pelabur mungkin memilih saham dengan pinjaman minimum pada sektor amanah pelaburan pengguna dan hartanah, dengan berlakunya kitaran kenaikan kadar faedah sedang berlaku.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) kurang 1 sen pada RM8.61, Public Bank Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd hilang 2 sen pada RM4.38 dan RM5.08 sementara Petronas Chemicals Group Bhd capai 3 sen pada RM8.06 manakala IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.44.

Saham aktif memperlihatkan Metronic Global Bhd naik 0.5 sen pada 9.5 sen, Fitters Diversified Bhd dan BCM Alliance Bhd tambah 1 sen pada 7.5 sen dan 3 sen manakala BSL Corporation Bhd lonjak 0.5 sen pada 10 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas menurun 9.11 mata pada 10,052.79, indeks FBM Emas Shariah mengurang 4.73 mata pada 10,087.53, FBM 70 melemah 6.24 mata pada 12,015.79, indeks FBMT 100 menghilang 9.49 mata pada 9,819.98 dan FBM ACE meningkat 23.06 mata pada 4,575.88.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 39.35 mata pada 16,020.85, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengurang 0.21 mata pada 167.82 sementara indeks Perladangan mencapai 3.96 mata pada 6,673.17.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat