Bursa Asia Dan Malaysia Terus Mengukuh Dalam Pasaran Asia

263

Bursa Asia bergerak kukuh pada pembukaan awal minggu ini kecuali saham di bursa Shanghai dan Shenzhen. Peningkatan saham Asia didorong oleh pengukuhan saham di Bursa Wall Street.

Bursa Jepun ditutup pada hari ini berikutan masih cuti. Indeksi Hang Seng naik 0.15% kepada 30.854. Indeks Shanghai jatuh 0.11% kepada 3.388.

Indeks Kospi naik 0.30% kepada 2.504 selepas mencatat kejatuhan sementara. Peningkatan saham di Bursa Kospi didorong oleh pengukuhan saham-saham blue chip. Bebera ahli kerajaan Korea Selatan dan Korea Utara akan bertemu petama kali sejak Disember 2015 bagi membincangnkan acara Olimpik yang bakal diadakan.

Indeks ASX 200, Australia naik 0.16% kepada 6.132. Peningkatan saham di bursa Australia didorong oleh pengukuhan saham di sektor perbankan apabila ANZ naik 0.52%.

Indeks saham MSCI Asia Pasifik di luar Jepun naik 0.09% pada awal pagi sesi dagangan.

Pasaran saham FTSE bursa Malaysia juga mengukuh dengan mencatat peningkatan 0.12% kepada 1.820. Menurut penganalisi saham Malaysia mencatat prestasi bulan terbaik dalam bulan Disember menjelang pilihanraya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat