Bursa Basah Dihujani Kebimbangan Pilihan Raya Ke-15

291

Sentimen kebimbangan pelabur tempatan terhadap Pilihan Raya Umum (PRU15) terus menolak jatuh pasaran ekuiti tempatan.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 1.82 mata pada 1,446.56 sebelum turun 1.86 mata pada 1,446.52 berbanding penutupan Rabu pada 1,448.38.

Di pasaran meluas, kerugian pada 133 atasi keuntungan pada 84, manakala 178 kaunter pula tidak berubah, 1,937 tidak didagangkan dan 47 digantung.

Jumlah perolehan pada 118.29 juta unit bernilai RM108.44 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, faktor PRU15 dan prestasi lemah pasaran saham global mungkin menyebabkan pelabur kurang berminat membeli untuk masa terdekat ini.

Sungguhpun begitu, saham bertemakan pengguna, telekomunikasi, dan utiliti yang berbentuk defensif dijangka menjadi pilihan selain terdapat momentum pembelian pada komoditi besi ekoran dasar di China.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank Bhd naik 2 sen pada RM8.53 dan RM4.32, CIMB Group Holdings Bhd tambah 1 sen pada RM5.36 sementara Petronas Chemicals Group Bhd kekal pada RM8.62 manakala IHH Healthcare Bhd tidak berubah pada RM5.95.

Saham aktif memperlihatkan Advance Synergy Bhd dan AHB Holdings Bhd  naik 0.5 sen pada 12.5 sen dan 11.5 sen, Perdana Petroleum Bhd raih 3 sen pada 12 sen, Icon Offshore Bhd kekal pada 14 sen dan Eduspec Holdings Bhd tidak berubah pada 2 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas Shariah turun 24.61 mata pada 10,428.2, indeks FBM Emas kuncup 11.76 mata pada 10,283.2, FBM ACE jatuh 20.7 mata pada 4,976.47, indeks FBMT 100 hilang 13.61 mata pada 10,010.25 dan FBM 70 susut 19.71 mata pada 12,234.34.

Segi sektor, indeks Tenaga tambah 0.01 mata pada 720.11, indeks Perkhidmatan naik 17.39 mata pada 16,106.7, indeks Produk serta Perkhidmatan lonjak 0.04 mata pada 178.81 sementara indeks Perladangan jatuh 1.46 mata pada 6,900.74.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat