Bursa Bercambah Pada Awal Minggu, Dibuka Selesa Pada Paras 1,400

115

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.99 mata pada 1,439.69 daripada penutupan hari Jumaat pada 1,436.70.

Indeks dibuka kukuh 2.12 mata pada 1,438.82.

Bursa memulakan sesi dagangan pada awal minggu dengan baik mengikuti rali Wall Street minggu lalu, di mana ketiga-tiga indeks utama berakhir cemerlang, untuk dibuka tinggi.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 198 mengatasi kaunter rugi pada 99, manakala 189 kaunter pula tidak berubah, 1,822 tidak didagangkan dan 55 digantung.

Jumlah perolehan pada 169.15 juta unit bernilai RM58.65 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menyatakan bursa tempatan mengembalikan aktiviti bargain-hunting sederhana hasil sokongan rali kukuh Wall Street pada pengakhiran minggu lalu.

Rentetan itu, KLCI dijangka memulih pada hari ini untuk berada di paras 1,430-1,445.

Sementara itu, nota Malacca Securities menjangkakan sektor teknologi akan terus menjadi perhatian untuk membuat lantunan berdasarkan rali pada Nasdaq  yang mungkin melimpah ke wilayah tempatan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan  Malayan Banking Bhd (Maybank) naik 4 sen pada RM8.64 dan Public Bank Bhd tambah 1 sen pada RM4.44 sementara Petronas Chemicals Group Bhd turun 7 sen pada RM9.18, CIMB Group Holdings Bhd hilang 1 sen pada RM4.89 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) jatuh 5 sen pada RM8.14 manakala IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.42.

Saham aktif memperlihatkan Green Packet Bhd dan Reach Energy Bhd maju 1 sen pada 7.5 sen dan 9.5 sen sementara Cypark Resources Bhd dan ATA IMS Bhd naik 1.5 sen pada 48 sen dan 35.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas mengukuh 34.37 mata pada 10,291.76, FBM 70 mencapai 88.00 mata pada 12,532.15, indeks FBM Emas Shariah mengumpul 27.47 mata pada 10,442.11 dan indeks FBMT 100 mengembang 32.61 mata pada 10,030.79 sementara FBM ACE menambah 44.98 mata pada 4,814.57.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 60.58 mata pada 16,025.03 sementara  indeks Perladangan menambah 0.69 mata pada 6,918.42 dan indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencanak 0.33 mata pada 183.70.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat