Bursa Berjaya Buat Lantunan Pada Pengakhiran Minggu

191

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.39 mata pada 1,545.19 daripada penutupan hari Khamis pada 1,538.80.

Indeks dibuka kukuh 7.18 mata pada 1,545.98.

Bursa memulakan sesi dagangan pagi hari dengan mengembalikan kerugian semalam hasil sokongan minat belian baharu walaupun prestasi semalaman Wall Street lemah.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 306 mengatasi kaunter rugi pada 142, manakala 233 kaunter pula tidak berubah, 1,562 tidak didagangkan dan 19 digantung.

Jumlah perolehan pada 284.28 juta unit bernilai RM174.42 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan indeks harga pengguna (CPI) April 2022 di Amerika Syarikat (AS) telah menyebabkan Wall Street berakhir lemah, selain mencadangkan tekanan inflasi dijangka memanjang.

Pada bursa pula, pasaran mungkin menjangkakan aktiviti bargain-hunting muncul dalam sektor bertemakan pemulihan dan perladangan menjelang laporan musim, sementara pelabur juga akan memberi tumpuan kepada sektor perbankan ekoran kenaikan kadar dasar semalaman negara.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) kurang 8 sen pada RM8.99, Public Bank Bhd turun 1 sen pada RM4.62, Petronas Chemicals Group Bhd capai 8 sen pada RM9.95 dan IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.45.

Saham aktif memperlihatkan Serba Dinamik Holdings Bhd dan Yong Tai Bhd tambah 0.5 sen pada 9 sen and 10.5 sen sementara Dagang NeXchange Bhd (DNeX) kumpul 2.5 sen pada 95.5 sen manakala Techna-X Bhd kekal pada 11.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE memaju 28.88 mata pada 5,258.66, indeks FBM Emas Index mencanak 36.34 mata pada 10,989.38, indeks FBMT 100 mengukuh 30.52 mata pada 10,671.0 dan indeks FBM Emas Shariah melonjak 93.17 mata pada 11,394.95 sementara FBM 70 menurun 18.76 mata pada 12,948.08.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 78.64 mata pada 16,622.84, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengukuh 1.64 mata pada 195.11 dan indeks Perladangan mencapai 145.26 mata pada 8,167.15.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat