Bursa Berjaya Kekal Steady, 2 Sesi Berturut-Turut Bermula Sederhana

243

Dagangan psaran tempatan agak mendatar hari ini dengan indeks penanda aras mengecut antara keuntungan dan kerugian pada awal pagi.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 1.14 mata pada 1,473.55 sebelum naik 0.27 mata pada 1,474.96 berbanding penutupan Selasa pada 1,474.69.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 149 atasi kerugian pada 133, manakala 227 kaunter pula tidak berubah, 1,760 tidak didagangkan dan 25 digantung.

Jumlah perolehan pada 148 juta unit bernilai RM68.8 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, bursa tempatan memperlihatkan pemulihan hasil dorongan aktiviti bargain-hunting dengan sentimen positif daripada berita baik di China.

Sungguhpun begitu, prestasi pasaran meluas di Wall Street mengehadkan aktiviti itu.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB Group Holdings Bhd naik 3 sen pada RM8.67 ada RM5.68 sementara RHB Bank Bhd dan Public Bank Bhd lonjak 2 sen pada RM5.67 dan RM4.32.

Sime Darby Plantation Bhd turun 10 sen pada RM4.47 dengan IOI Corp Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) jatuh 2 sen pada RM4.02 dan RM21.72.

Saham aktif memperlihatkan Cypark Resources Bhd naik 3 sen pada 47 sen, Berjaya Corp Bhd tambah 1 sen pada 30.5 sen dan Top Glove Corp Bhd raih 0.5 sen pada 93 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas raih 4.02 mata pada 10,614.90 dan indeks FBMT 100 tambah 1.40 mata pada 10,323.03 sementara indeks FBM Emas Shariah turun 13.98 mata pada 10,830.44, indeks FBM 70 jatuh 0.25 mata pada 13,095.63 dan indeks FBM ACE susut 2.19 mata pada 5,351.46.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan raih 48.48 mata pada 16.402.85 dan indeks Produk serta Perkhidmatan canak 0.06 mata pada 180.33 sementara indeks Perladangan susut 36.39 mata pada 6,952.04 dan indeks Tenaga turun 0.40 mata pada 787.55.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat