Bursa Bermain ‘Jongkang-Jongket’ Pada Akhir Minggu

163

Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 0.28 mata pada 1,525.45 daripada penutupan Khamis pada 1,525.73.

Indeks dibuka 0.57 mata pada 1,526.30.

Ia pada awalnya dibuka tinggi sebelum merosot semula berikutan sentimen yang bercampur di pasaran serantau.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 202 berbanding 107, manakala 216 kaunter pula tidak berubah, 1,618 tidak didagangkan dan 23 digantung.

Jumlah perolehan pada 243.9 juta unit bernilai RM135.1 juta.

Menurut nota Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran saham serantau kekal lemah ekoran penjualan dalam Wall Street disebabkan Meta Platform yang mencatat pendapatan rendah sehingga turut memberi impak kepada pasaran tempatan.

Tambahnya lagi, pelabur mungkin beralih ke mod risk-off dan memberi fokus kepada saham perbankan dan pengguna yang mempunyai asas kukuh.

Dalam pada itu, indeks Straits Times Singapura meningkat 0.08% pada 3,318.14 dan indeks Hang Seng Hong Kong mencanak 2.48% pada 24,392.86 manakala Nikkei 225 Jepun susut 0.04% pada 27,230.77.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) susut 1 sen pada RM8.31, Public Bank Bhd kekal pada RM4.23, Press Metal Aluminium Holdings Bhd naik 7 sen pada RM6.17 dan Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) jatuh 1.5 sen pada RM8.87.

Saham aktif memperlihatkan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) naik 3 sen pada RM1.01, AHB Holdings Bhd kekal pada 14 sen dan Bumi Armada Bhd menokok 1.5 sen pada 56.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE maju 4.85 mata pada 6,130.77, FBM Emas tambah 4.84 mata pada 10,968.25 dan FBM Emas Shariah capai 2.71 mata pada 11,668.46 sementara FBM 70 susut 17.20 mata pada 13,451.29 dan FBMT 100 susut 0.66 mata pada 10,656.49.

Indeks Perkhidmatan Kewangan mencanak 2.1 mata pada 15,802.05, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencapai 0.1 mata pada 201.81 dan indeks Perladangan melayu 10.96 mata pada 6,564.59.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat