Pada jam 9.26 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.76 mata pada 1,563.96 daripada penutupan Rabu pada 1,563.2.
Indeks dibuka 1.24 mata pada 1,561.96.
Ia dibuka sedikit menurun namun melantun semula kemudian hasil sokongan minat belian baharu pada saham wajaran tinggi terpilih.
Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 242 berbanding 206, manakala 288 kaunter pula tidak berubah, 1,531 tidak didagangkan dan 40 digantung.
Jumlah perolehan pada 435.01 juta unit bernilai RM156.17 juta.
Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan ekoran pembelian berterusan daripada dana asing dalam bursa tempatan, ia dijangkakan sentimen pasaran kekal kukuh dan FBM KLCI perlu menyemak semula paras 1,600 dalam tempoh terdekat.
Tambahnya lagi, kaunter tenaga akan menjadi tumpuan apabila harga minyak terus mencanak namun saham perbankan, logam dan berkaitan pengguna sebaliknya dengan aktiviti pemulihan ekonomi dan pengurangan kebimbangan terhadap varian Omicron.
Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd kekal pada RM8.41, Public Bank Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd jatuh 2 sen pada RM4.23 dan RM5.54, IHH Healthcare Bhd susut 1 sen pada RM6.64 sementara Petronas Chemicals Group Bhd naik 6 sen pada RM9.06.
Saham aktif memperlihatkan Kanger International Bhd, Key Alliance Group Bhd dan MQ Technology Bhd kekal pada 2.5 sen, 1.5 sen dan 8.5 sen sementara AHB Holdings Bhd tambah 1.5 sen pada 29.5 sen.
Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 2.78 mata pada 11,304.84, FBM Emas Shariah tambah 20.36 mata pada 12,097.7, FBM 70 capai 2.8 mata pada 14,228.05, indeks FBMT 100 macu 4.62 mata pada 10,99.02 dan FBM ACE susut 0.07 mata pada 6,582.57.
Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menambah 0.87 mata pada 206.19, indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 33.05 mata pada 16,061.86 sementara indeks Perladangan memacu 39.62 mata pada 6,779.54.