Bursa Buat Lantunan Pertama Pada Tahun 2022 Kerana Faktor Ini

185

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bertambah 0.07 mata pada 1,549.12 daripada penutupan Isnin pada 1,549.05.

Indeks dibuka 1.87 mata pada 1,550.92.

Ia dibuka tinggi daripada lantunan pada Isnin hasil sokongan pembelian sederhana pada saham wajaran tinggi.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 156 berbanding 114, manakala 225 kaunter pula tidak berubah, 1,778 tidak didagangkan dan 15 digantung.

Jumlah perolehan pada 141.98 juta unit bernilai RM63.14 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan sentimen positif meningkat menjejaki prestasi kukuh pasaran Wall Street semalaman.

Selain itu, harga minyak kelapa sawit naik melebihi RM4,800 sementara harga minyak mentah berada pada paras US$78 atau RM326.12 setong.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) jatuh 1 sen pada RM8.32, Public Bank Bhd turun 2 sen pada RM4.13 dan CIMB Group Holding Bhd susut 3 sen pada RM5.46 sementara IHH Healthcare Bhd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kekal pada RM6.87 dan RM9.23.

Seterusnya Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) naik 7 sen pada RM8.83.

Saham aktif memperlihatkan Bintai Kinden Corp Bhd dan SMTrack Bhd naik 1.5 sen pada 24.5 sen dan 25 sen, SC Estate Builder Bhd tambah 1 sen pada 8.5 sen dan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) macu 0.5 sen pada 81.5 sen sementara Opcom Holdings Bhd mencanak 2 sen pada RM1.01.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 7.84 mata pada 11,230.23, FBM Emas Shariah tambah 17.02 mata pada 12,113.36, FBM 70 capai 38.53 mata pada 14,264.38 dan indeks FBMT 100 macu 7.21 mata pada 10,925.02.

Sementara itu, FBM ACE susut 0.23 mata pada 6,545.04.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan memuncak 0.76 mata pada 202.15, indeks Perladangan menyusut 0.14 mata pada 6,660.24 dan indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 6.67 mata pada 15,607.4.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat