Bursa Buat Lonjakan Dari Penutupan Rendah Semalam

151

Sesi dagangan Bursa Malaysia hari ini mempamerkan lonjakan untuk dibuka sedikit tinggi berbanding semalam hasil minat belian sederhana pada pasaran meluas.

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.64 mata pada 1,441.16 daripada penutupan hari Isnin pada 1,437.52.

Indeks dibuka kukuh 4.35 mata pada 1,441.87.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 217 mengatasi kaunter rugi pada 156, manakala 223 kaunter pula tidak berubah, 1,633 tidak didagangkan dan 14 digantung.

Jumlah perolehan pada 303.98 juta unit bernilai RM125.26 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng dalam notanya menjangkakan beberapa pengumpulan terpilih bakal muncul dengan indeks penanda aras berlegar dalam paras sokongan semasa.

Tambahnya, indeks KLCI diramalkan berada dalam julat antara 1,430-1,450 pada hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan CIMB Group Holdings Bhd naik 1 sen pada RM5.04 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) tambah 5 sen pada RM7.96 sementara Malayan Banking Bhd (Maybank) dan IHH Healthcare kekal pada RM8.60 dan RM6.43 manakala Petronas Chemicals Group Bhd turun 2 sen pada RM9.10 dan Axiata Group Bhd jatuh 1 sen pada RM2.72.

Orgabio Holdings Bhd, yang membuat penampilan pertama dalam pasaran ACE, maju 3 sen (9.68%) pada 34 sen dengan 1.2 juta unit didagangkan.

Saham aktif memperlihatkan AHB Holdings Bhd lonjak 0.5 sen pada 13.5 sen, Metronic Global Bhd dan Widad Group Bhd kekal pada 9.5 sen dan 36.5 sen sementara Opcom Holdings Bhd kurang 3.5 sen pada 79.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas mengembang 29.85 mata pada 10,255.89, indeks FBM Emas Shariah menambah 36.59 mata pada 10,390.36, FBM 70 memacu 54.83 mata pada 12,348.86, indeks FBMT 100 memaju 29.76 mata pada 10,003.72 dan FBM ACE menurun 43.46 mata pada 4,673.99.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mencapai 21.77 mata pada 16,061.58, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan memekar 0.37 mata pada 180.57 dan indeks Perladangan mengukuh 42.88 mata pada 6,933.47.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat