Bursa Dapat ‘Energy’ Untuk Berdagang Pada Awal Minggu Ini

146

Saham bertemakan tenaga menjadi pemangkin utama terhadap minat pembelian pada bursa selain keuntungan rali Amerika Syarikat Jumaat lepas.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 2.90 mata pada 1,441.18 sebelum naik 1.29 mata pada 1,439.57 berbanding penutupan Jumaat pada 1,438.28.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 179 atasi kerugian pada 104, manakala 225 kaunter pula tidak berubah, 1,817 tidak didagangkan dan 18 digantung.

Jumlah perolehan pada 128.47 juta unit bernilai RM44.16 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, muncul minat belian pada saham perbankan serta teknologi di samping kaunter bertemakan tenaga.

Atas faktor itu, firma meramalkan indeks KLCI akan mencapai paras reset 1,450 hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 3 sen pada RM8.48, Public Bank Bhd canak 2 sen pada RM4.38, Petronas Chemicals Group Bhd raih 4 sen pada RM8.55, CIMB Group Holdings Bhd tambah 1 sen pada RM5.38 sementara IHH Healthcare Bhd susut 3 sen pada RM6.01.

Saham aktif memperlihatkan TWL Holdings Bhd kekal pada 3.5 sen dan Citaglobal Bhd mendatar pada 30.5 sen, Advance Synergy Bhd serta Solution Group Bhd capai 1 sen pada 7.5 sen serta 36 sen sementara Hua Yang Bhd raih 0.5 sen pada 19 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 11.70 mata pada 10,229.19, FBM 70 tambah 19.13 mata pada 12,161.26, indeks FBMT 100 lonjak 10.51 mata pada 9,959.43, FBM ACE canak 6.05 mata pada 4,925.23 dan indeks FBM Emas Shariah susut 4.68 mata pada 10,322.41.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan naik 67.35 mata pada 16,160.04, indeks Tenaga tambah 9.85 mata pada 735.13, indeks Produk serta Perkhidmatan canak 0.46 mata pada 174.24 dan Perladangan jatuh 23.77 mata pada 6,797.25.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat