Bursa Dibuka Bercampur-Campur Macam ‘Rojak’ Pada Tengah Hari

153

Pada jam 9.25 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 2.14 mata pada 1,528.19 daripada penutupan Rabu pada 1,530.33.

Indeks dibuka 0.89 mata pada 1,529.44.

Ia dibuka bercampur-campur dengan indeks utama jatuh sebanyak 0.14% hasil penurunan oleh CIMB Group Holdings dan Malayan Banking Bhd (Maybank).

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 218 berbanding 187, manakala 300 kaunter pula tidak berubah, 1,545 tidak didagangkan dan 27 digantung.

Jumlah perolehan pada 521.96 juta unit bernilai RM232.6 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan sentimen pasaran tempatan kekal negatif buat masa terdekat pada saham teknologi ekoran sesi kurang menentu pada pasaran Wall Street apabila pelabur berterusan berisap sedia menentang inflasi.

Tambahnya lagi, pelabur mungkin mencari peluang dalam saham perbankan menjelang mesuarat Polisi Menetari pada Khamis sementara kaunter tenaga dan perladangan dijangka didagangakan positif.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan CIMB jatuh 8 sen pada RM5.25, Maybank dan RHB Bank Bhd susut 4 sen pada RM8.28 dan RM5.72, Axiata Group Bhd turun 3 sen pada RM3.74 dan Top Glove Bhd kuncup 2 sen pada RM2.22.

Petronas Chemiclas Group Bhd (Petchem) macu 5 sen pada RM9.03, IHH Healthcare Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd naik 2 sen pada RM6.58, RM9.09 dan RM5.90 sementara Public Bank Bhd dan Hong Leong Bank kekap pada RM4.18 dan RM19.50.

Saham aktif memperlihatkan Ace Market Coraza Integrated Technology Bhd lonjak 41.5 sen pada 69.5 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) tambah 2 sen pada 93 sen dan Artroniq Bhd naik 3.5 sen pada 61 sen sementara Impiana Hotels Bhd kekal 5 sen dan Ageson Bhd turun 1 sen pada 2.5 sen.

Di papan indeks, FBM Emas Shariah naik 9.73 mata pada 11,679.82, FBM 70 tambah 10.8 mata pada 13,498.87, FBM Emas turun 8.52 mata pada 10,966.10, FBMT 100 kuncup 9.83 mata pada 10,675.85 dan FBM ACE mekar 26.90 mata pada 6,118.48.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menaik 0.59 mata pada 199.64, indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 67.72 mata pada 15,776.89 sementara indeks Perladangan melayu 6.34 mata pada 6,664.58.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat