Bursa Dibuka Hijau Selepas Bercuti Panjang

137

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.67 mata pada 1,610.10 daripada penutupan hari Jumaat pada 1,600.43.

Indeks dibuka kukuh 13.91 mata pada 1,614.34.

Ia dibuka tinggi selepas bercuti sempena perayaan Aidilfitri hasil dorongan sentimen pasaran yang positif ekoran tindakan Federal Reserve yang menaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas, menepati jangkaan.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 278 mengatasi rugi pada 123, manakala 257 kaunter pula tidak berubah, 1,580 tidak didagangkan dan 16 digantung.

Jumlah perolehan pada 201.45 juta unit bernilai RM112.16 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangkakan KLCI akan menyaksikan aktiviti pembelian berterusan namun bakal ada rintangan di sekitar paras 1,605-1,610 ekoran prestasi semalaman Wall Street.

Maka beliau meramalkan indeks mungkin berada di paras 1,590-1,605 pada sesi dagangan hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) capai 2 sen pada RM9.09, Public Bank Bhd tambah 4 sen pada RM4.73, Petronas Chemicals Group Bhd naik 56 sen pada RM10.78 dan CIMB Group Holdings Bhd lonjak 6 sen pada RM5.26 sementara IHH Healthcare Bhd hilang 6 sen pada RM6.55.

Saham aktif memperlihatkan PUC Bhd dan Bina Puri Holdings Bhd kekal pada 7.5 sen dan 5 sen, Hibiscus Petroleum Bhd naik 4 sen pada RM1.31 dan Dynaciate Group Bhd maju 0.5 sen pada 14.5 sen sementara MN Holdings Bhd susut 0.5 sen pada 24 sen.

Di papan indeks, FBM ACE memuncak 3.43 mata pada 5,582.10, FBM 70 melonjak 50.31 mata pada 13,822.49, indeks FBM Emas mengembang 63.43 mata pada 11,529.52, indeks FBMT 100 mengumpul 61.00 mata pada 11,181.50 dan indeks FBM Emas Shariah mencapai 65.29 mata pada 12,087.57.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 77.93 mata pada 17,004.73, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menaik 3.74 mata pada 213.77 dan indeks Perladangan menumbuh 33.43 mata pada 8,854.44.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat