Bursa Dibuka Lemah Pada Awal Minggu

151

Pada jam 9.35 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 2.90 mata pada 1,552.43 daripada penutupan Jumaat pada 1,555.33.

Indeks dibuka 1.53 mata pada 1,553.80.

Ia dibuka rendah ekoran kekurangan pemangkin baru.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 317 berbanding 194, manakala 328 kaunter pula tidak berubah, 1,413 tidak didagangkan dan 20 digantung.

Jumlah perolehan pada 539.83 juta unit bernilai RM296.93 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan saham teknologi dijangka melakukan lantunan teknikal dalam tempoh terdekat ekoran lantunan sederhana Nasdaq pada Jumaat.

Tambahnya lagi, pelabur sedang memberi fokus kepada data ekonomi China bagi pertumbuhan ekonomi suku ke-4 2021 dan kadar pengangguran yang akan dikeluarkan pada Isnin selain kadar faedah Bank Negara Malaysia (BNM) pada minggu ini.

Dalam sektor komoditi, harga minyak sawit mentah jatuh bawah RM5,000 sementara harga minyak mentah pula memanjangkan keuntungan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Public Bank Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd tambah 1 sen pada RM4.21 dan RM5.55, Tenaga Nasional Bhd (TNB) naik 3 sen pada RM9.07 sementara Malayan Banking Bhd (Maybank) jatuh 2 sen pada RM8.44, Petronas Chemicals Bhd (Petchem) turun 3 sen pada RM9.06 dan IHH Healthcare susut 4 sen pada MR6.54.

Saham aktif memperlihatkan Kanger International Bhd naik 0.5 sen pada 2,5 sen, Avillion Bhd kekal pada 10.5 sen sementara SMTrack Bhd turun 2 sen pada 27 sen, AirAsia Group Bhd jatuh 2.5 sen pada 59.5 sen dan MQ Technologu Bhd susut 0.5 sen pada 7.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 19.0 mata pada 11,159.52, FBM Emas Shariah jatuh 24.90 mata pada 11,855.91.42, FBM 70 susut 16.97 mata pada 13,835.60, indeks FBMT 100 kuncup 18.70 mata pada 10,866.95 dan FBM ACE hilang 34.27 mata pada 6,245.36.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menurun 0.53 mata pada 202.43, indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 15.27 mata pada 16,136.81 sementara indeks Perladangan melayu 26.29 mata pada 6,735.26.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat