Bursa Dibuka Mendatar Dengan Pelabur Kekal Berhati-Hati

135

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.95 mata pada 1,452.43 daripada penutupan hari Rabu pada 1,451.48.

Indeks dibuka kukuh 4.02 mata pada 1,455.50.

Bursa dibuka mendatar dengan pelabur berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan ekoran prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 119 mengatasi kaunter untung pada 97, manakala 177 kaunter pula tidak berubah, 1,889 tidak didagangkan dan 65 digantung.

Jumlah perolehan pada 93.22 juta unit bernilai RM50.15 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng dalam notanya memperlihatkan sentimen negatif menguasai pasaran Amerika Syarikat (AS) ekoran kebimbangan inflasi.

Rentetan itu, KLCI dijangka bergerak lemah pada hari ini dalam julat 1,440-1,460.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Hartalega Holdings Bhd dan Sime Darby Plantation Bhd naik 8 sen pada RM3.03 dan RM4.41 sementara Hong Leong Financial Group Bhd tambah 3 sen pada RM18.90.

MR DIY Group (M) Bhd kurang 2 sen pada RM2.03, Glove Corp Bhd susut 1 sen pada RM1.11, Malayan Banking Bhd (Maybank) turun 7 sen pada RM8.58 dan Telekom Malaysia Bhd (TM) jatuh 3 sen pada RM5.20.

Saham aktif memperlihatkan Cypark Resources Bhd lemah 3 sen pada 35 sen, MN Holdings Bhd susut 1 sen pada 22 sen and Dagang NeXchange Bhd (DNeX) kurang 0.5 sen pada 78.5 sen sementara Reach Energy Bhd kekal pada 5.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 5.99 mata pada 10,355.66, indeks FBM Emas Shariah memaju 17.55 mata pada 10,556.80, FBM 70 menambah 5.46 mata pada 12,508.53, indeks FBMT 100 mencanak 6.09 mata pada 10,093.98 sementara FBM ACE mnguncup 17.49 mata pada 4,822.60.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 20.29 mata pada 16,042.58 sementara indeks Perladangan meningkat 46.67 mata pada 7,017.31 dan indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengukuh 0.83 mata pada 182.11.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat