Bursa Dibuka Merah Pada Akhir Minggu Seiring Wall Street

128

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.65 mata pada 1,573.88 daripada penutupan Khamis pada 1,580.53.

Indeks dibuka lemah 5.39 mata pada 1,575.14.

Ia dibuka lemah semasa permulaan dagangan selepas mengikuti prestasi semalam Wall Street yang negatif ekoran sentimen pelabur yang bertukar bimbang kerana kegagalan rundingan Rusia-Ukraine.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 198 berbanding 108, manakala 173 kaunter pula tidak berubah, 1,823 tidak didagangkan dan 14 digantung.

Jumlah perolehan pada 89.42 juta unit bernilai RM65.39 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mengalami penurunan ketara.

Tambah beliau lagi, sentimen pelabur berkemungkinan kekal berhati-hati dalam keadaan turun naik pasaran yang meningkat, sekali gus menjangkakan KLCI akan berada dalam aliran dalam paras 1,570 ke 1,590 pada Jumaat.

Selain itu, minyak sawit mentah naik paras RM7,700 sementara minyak mentah Brent susut ke paras US$110 atau RM461.12 setong.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Public Bank Bhd hilang 3 sen pada RM4.41, Press Metal Aluminium Holdings Bhd turun 13 sen pada RM6.42, Hong Leong Bank Bhd susut 18 sen pada RM19.98 dan Dialog Group Bhd jatuh 4 sen pada RM2.17 sementara Petronas Chemicals Group Bhd naik 7 sen pada RM9.69.

Saham aktif memperlihatkan Hibiscus Petroleum Bhd jatuh 4 sen pada RM1.16, Capital A Bhd turun 3 sen pada 63 sen and Dagang NeXchange Bhd (DNeX) kuncup 5 sen pada 99.5 sen sementara SMTrack Bhd tambah 0.5 sen pada 10.5 sen dan Pertama Digital Bhd kekal pada 82.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas menurun 39.49 mata pada 11,128.49, indeks FBMT 100 menyusut 39.28 mata pada 10,836.20, indeks FBM Emas Shariah mengurang 30.48 mata pada 11,765.86, FBM 70 merudum 18.45 mata pada 13,006.67 dan FBM ACE melemah 6.50 mata pada 5,227.55.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menurun 1.98 mata pada 203.61, indeks Perkhidmatan Kewangan mengurang 69.81 mata pada 16,276.57 dan indeks Perladangan memacu 8.01 mata pada 8,526.89.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat