Bursa Dibuka Rendah Ekoran Kemunculan Varian Covid-19 Baru

130

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.81 mata pada 1,503.41 daripada penutupan Jumaat pada 1,512.22.

Ia dibuka rendah ekoran kebimbangan terhadap kemunculan varian baharu Covid-19, Omicron.

Indeks dibuka 4.43 mata pada 1,507.79.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 589 berbanding 80, manakala 188 kaunter pula tidak berubah, 1,455 tidak didagangkan dan 78 digantung.

Jumlah perolehan pada 401.14 juta unit bernilai RM263.24 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan varian baru Covid-19 yang dikenali sebagai Omicron mungkin mengakibatkan sentimen bercampur-campur kerana data seperti kejangkitan dan kadar kematian hanya akan diketahui dalam masa satu hingga dua minggu lagi.

Sementara itu, menjejaki lantunan sederhana dalam niaga hadapan luar negara mungkin terdapat sedikit peluang untuk lantunan teknikal pada Isnin namun peningkatan itu dihadkan kerana kebimbangan Covid-19.

Pasaran komoditi menyaksikan harga minyak mentah susut 11% ekoran kebimbangan pasaran bahawa keadaan Covid-19 akan menyebabkan lebihan bekalan minyak sementara harga minyak sawit mentah jatuh.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) jatuh 8 sen pada RM8.02, Public Bank Bhd turun 3 sen pada RM3.97, Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) susut 10 sen pada RM8.33, Tenaga Nasional Bhd (TNB) tolak 5 sen pada RM9.33, CIMB Group Holdings Bhd kurang 14 sen pada RM4.96 dan IHH Healthcare Bhd kekal RM6.56.

Saham aktif memperlihatkan Careplus Group Bhd naik 13 sen pada RM1.35 sementara Kanger International Bhd susut 0.5 sen pada 3 sen dan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) jatuh 1.5 sen pada 80 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas menurun 92.01 mata pada 10,987.12, indeks FBMT 100 merundum 80.43 mata pada 10,682.22 dan indeks FBM Emas Shariah menyusut 62.20 mata pada 11,978.54.

FBM 70 merosot 178.29 mata pada 14,276.32 dan FBM ACE melemah 91.37 mata pada 6,371.94.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan susut 3.14 mata pada 1199.63, indeks Perkhidmatan Kewangan turun 178.58 mata pada 14,965.09 dan indeks Perladangan jatuh 50.94 mata pada 6,414.10.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat