Bursa Dibuka Rendah Menjejaki Sentimen Negatif Wall Street

142

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 2.82 mata pada 1,519.52.10 daripada penutupan Isnin pada 1,522.34 selepas menjejaki sentimen negatif di pasaran Wall Street semalaman kerana kerisauan terhadap peningkatan inflasi serta potensi penarikan langkah-langkah rangsangan oleh Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Indeks dibuka 0.87 mata pada 1,525.47.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 186 berbanding 134, manakala 254 kaunter pula tidak berubah, 1,760 tidak didagangkan dan 45 digantung.

Jumlah perolehan pada 207.34 juta unit bernilai RM76.62 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan penyambungan semula aktiviti perniagaan dan pembukaan semula sempadan akan memberi petanda baik kepada ekonomi.

Tambahnya lagi, para pelabur boleh memberi fokus kepada sektor teknologi yang mungkin terus maju dan sektor berkaitan pengguna semasa musim laporan pendapatan untuk peluang memburu tawar yang baik.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) turun 2 sen pada RM8.08, Public Bank Bhd tidak berubah pada RM4.01 dan Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) naik 1 sen pada RM8.30.

Saham aktif memperlihatkan ARB Bhd meningkat 3.5 sen kepada 20 sen, MMAG Holdings Bhd kekal pada 10 sen dan Ageson Bhd menurun 0.5 sen kepada 5 sen.

Saham paling rugi ialah Genetec Technology Bhd yang naik 22 sen pada RM42.02, Hong Leong Bank Bhd turun 14 sen pada RM18 dan Tafi Industries Bhd pula suust 11 sen kepada RM3.62.

Sementara saham Nestlé (Malaysia) Bhd pula meningkat RM1 kepada RM135, Genetec Technology Bhd melonjak 80 sen kepada RM44.30 dan Batu Kawan Bhd naik 36 sen kepada RM22.18.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 9.56 mata ke 11,262.19, indeks FBMT 100 tolak 13.04 mata ke 10,892.74, indeks FBM Emas Shariah jatuh 5.34 mata pada 12,271.53 manakala FBM ACE susut 32.61 mata pada 6,942.26 dan FBM 70 naik 10.04 mata pada 14,936.65.

Indeks Industrial Products and Services menurun 0.12 mata pada 199.82, indeks Perladangan menyusut 7.33 mata pada 6,548.31 dan indeks Perkhidmatan Kewangan berkurang 27.17 mata pada 15,128.63.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat