Bursa Dibuka Rendah Namun Melantun Semula

93

Pada jam 9.27 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.53 mata pada 1,494.43 daripada penutupan Isnin pada 1,493.90.

Indeks dibuka 1.10 mata pada 1,492.80.

Ia dibuka rendah namun melantun sedikit hasil aktiviti pembelian sederhana pada beberapa saham wajaran tinggi terpilih.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 217 berbanding 155, manakala 267 kaunter pula tidak berubah, 1,661 tidak didagangkan dan 51 digantung.

Jumlah perolehan pada 339.32 juta unit bernilai RM221.6 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan mereka menjangkakan aktiviti pembelian selamat sederhana terhadap pasaran tempatan sehingga akhir tahun dengan paras sokongan pada 1,475 dan rintangan ditambah pada 1,505-1,535.

Selain itu, mereka turut menjangkakan aktiviti buruan terhadap saham wajaran tinggi menjelang akhir tahun.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) tamabh 3 sen pada RM8.14, Public Bank Bhd naik 1 sen pada RM4.08 dan CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM5.29.

Sementara itu, IHH Healthcare Bhd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) masing-masing susut 1 sen pada RM6.52 dan RM9.29.

Saham aktif memperlihatkan Swift Haulage Bhd dan Bintai Kinden Corp Bhd kekal pada RM1.03 dan 24.5 sen sementara Kejuruteraan Asastera Bhd susut 1 sen pada 25 sen dan Malaysian Genomics Resource Centre Bhd hilang 0.5 sen pada 92.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 4.18 mata pada 10,844.21, indeks FBMT 100 tambah 3.83 mata pada 10,551.18 dan indeks FBM Emas Shariah turun 4.74 mata pada 11,634.39.

FBM 70 naik 5.47 mata pada 13,827.93 dan FBM ACE turun 16.36 mata pada 6,190.54.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengurang 0.21 mata pada 194.32, indeks Perkhidmatan Kewangan mencapai 29.96 mata pada 15,274 dan indeks Perladangan memacu 10.55 mata pada 6,362.85.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat