Bursa Dibuka Sehijau Kuih Lapis Pandan Di Pagi Hari

148

Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencanak 5.96 mata pada 1,528.72 daripada penutupan Jumaat pada 1,522.76.

Indeks dibuka 2.47 mata pada 1,525.23.

Ia pada dibuka tinggi semasa sesi dagangan awal pagi Isnin hasil dorongan beberapa saham wajaran tinggi dalam sektor penjagaan kesihatan semasa musim peningkatan kes harian Covid-19 melanda.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 255 berbanding 121, manakala 237 kaunter pula tidak berubah, 1,603 tidak didagangkan dan 22 digantung.

Jumlah perolehan pada 211.82 juta unit bernilai RM120.25 juta.

Menurut nota Malacca Securities Sdn Bhd, situasi semasa yang menyaksikan peningkatan jangkitan Covid-19 telah memberi manfaat kepada sektor penjagaan kesihatan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Top Glove Corp Bhd macu 11 sen pada RM2.28, Hartalega Holdings Bhd naik 13 sen pada RM5.73, Press Metal Aluminium Holdings Bhd tambah 18 sen pada RM6.39 dan Malayan Banking Bhd (Maybank) capai 4 sen pada RM8.30.

Saham aktif memperlihatkan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) naik 2 sen pada RM1.03, AT Systematization Bhd tambah 0.5 sen pada 3 sen dan Alam Maritim Resources Bhd kekal pada 3.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE maju 42.82 mata pada 6,228.56, FBM 70 kukuh 53.10 mata pada 13,532.35, FBM Emas tambah 44.30 mata pada 11,003.87, FBMT 100 canak 41.71 mata pada 10,684.64 dan FBM Emas Shariah capai 68.40 mata pada 11,735.21.

Indeks Perkhidmatan Kewangan mencanak 26.34 mata pada 15,812.03, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencapai 1.80 mata pada 205.10 dan indeks Perladangan mekar 0.89 mata pada 6,544.75.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat