Bursa Dibuka Tinggi Kerana Minat Belian Baharu

137

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melantun 2.56 mata pada 1,513.13 daripada penutupan Isnin pada 1,510.57.

Ia dibuka tinggi ekoran pembaharuan minat belian selepas ia mengalami tekanan pembelian pada Isnin kerana kebimbangan terhadapn varian baharu Covid-19, Omicron.

Indeks dibuka 2.01 mata pada 1,512.58.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 214 berbanding 155, manakala 254 kaunter pula tidak berubah, 1,682 tidak didagangkan dan 63 digantung.

Jumlah perolehan pada 383.69 juta unit bernilai RM189.85 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan prestasi semalaman Wall Street yang positif akan menyokong ekuiti tempatan.

Selain itu, beberapa ahli ekonomi mendakwa bahawa impak ekonomi yang berpunca daripada varian Omicron Covid-19 akan menjadi kurang teruk daripada pada 2020.

Pasaran komoditi menyaksikan lantunan sederhana pada harga minyak sawit mentah dan minyak mentah.

Tambahnya lagi, kaunter teknologi mungkin menjadi perhatian bagi pelabur memandangkan keterlihatan pendapatan tinggi pada masa hadapan yang ditambah dengan lantunan semula semalaman di Wall Street.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd jatuh 2 sen masing-masing pada RM8.03 dan RM5.09, Public Bank Bhd tambah 1 sen pada RM3.97 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) naik 8 sen pada RM9.34 sementara Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) dan IHH Healthcare masing-masing kekal RM8.21 dan RM6.60.

Saham aktif memperlihatkan ATA IMS Bhd susut 9.5 sen pada 42.5 sen, BCM Alliance Bhd jatuh 1 sen pada 5.5 sen dan Borneo Oil Bhd kekal 2.4 sen.

Kaunter paling untung terdiri daripada Malaysian Pacific Industries Bhd (MPI) naik 90 sen pada RM49.76, Genetec Technology Bhd tambah 50 sen pada RM38.20 dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) menokok 28 sen pada RM20.42.

Di papan indeks, indeks FBM Emas mencanak 26.78 mata pada 11,018.65, indeks FBMT 100 melonjak 26.26 mata pada 10,766.50.22 dan indeks FBM Emas Shariah meningkat 35.81 mata pada 12,096.73.

FBM 70 bertambah 67.09 mata pada 14,449.41 dan FBM ACE menurun 1.47 mata pada 6,514.44.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan bertambah 0.29 mata pada 192.34, indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 4.94 mata pada 15,038.47 dan indeks Perladangan menjunam 20.61 mata pada 6,376.94.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat