Bursa Dibuka Tinggi Namun Gagal Kekalkan Momentun Lagi Harini

229

Pada jam 9.23 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 3.94 mata pada 1,520.09 daripada penutupan Selasa pada 1,524.03 namun berundur selepas itu kerana aktiviti pengambilan untung pada saham wajaran tinggi terpilih mengatasi keuntungan awal.

Indeks dibuka 2 mata lebih tinggi pada 1,526.03.

Di pasaran meluas menyaksikan kerugian atasi keuntungan dengan 267 berbanding 201 manakala 302 kaunter tidak berubah, 1,514 tidak didagangkan dan 17 digantung.

Perolehan jumlah pada 488.59 juta unit bernilai RM247.2 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan peniaga mungkin mula memberi tumpuan pada kaunter berkaitan rangkaian 5G berikutan dengan jangkaan pengaplikasian rangkaian tersebut tahun hadapan.

Tambahnya lagi, KLCI tergelincir kerana tekanan jualan di tengah-tengah prestasi jualan pasaran serantau yang bercampur-campur walaupun data Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) yang baik pada September 2021. Selain itu, jangkaan kaunter minyak dan gas akan terus mendapat perhatian sejajar dengan kenaikan harga minyak mentah.

Saham wajaran berat menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan IHH Healthcare Bhd tidak berubah pada RM7.99 dan RM6.45, Public Bank Bhd menyusut 1 sen pada RM4.02, Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) menurun 4 sen pada RM8.25 manakala Tenaga Nasional Bhd (TNB) jatuh 2 sen pada RM9.59.

Saham aktif memperlihatkan Eduspec Holdings Bhd kekal pada 1.5 sen manakala KNM Group Bhd susut 0.5 sen pada 20 sen sementara Tanco Holdings Bhd naik 0.5 sen pada 27 sen dan dikuti Bintai Kinden Corp Bhd mencanak 3.5 sen pada 39.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas menyusut 18.51 mata ke 11,270.86, indeks FBMT 100 menurun 21.07 mata ke 10,898.51, indeks FBM Emas Shariah susut 16.53 mata pada 12,281.51 manakala FBM ACE naik 12.76 mata pada 6,929.33 dan FBM 70 berkurang 0.89 mata pada 14,951.04.

Indeks Industrial Products and Services menyusut 0.44 mata pada 200.78, indeks perladangan berkurang 18.25 mata pada 6,633.61 dan indeks perkhidmatan kewangan bertolak 36.98 mata pada 15,093.12.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat