Bursa Dibuka Tinggi, Saham AirAsia Terbang Merentas Negeri

471

Pembukaan dagangan Bursa Malaysia pada awal minggu dilihat kukuh ketika pelabur menyambut baik pengumuman mengenai perjalanan rentas negeri dibenarkan, mulai hari ini.

Pada awal dagangan, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KlCI (FBM KLCI) menguat dengan kenaikan 7.81 mata kepada 1,571.71 berbanding 1,563.9 ketika ditutup pada akhir minggu lalu.

Antara saham yang menjadi tumpuan pelabur hari ini adalah AirAsia Group dan AirAsiaX yang disokong oleh optimisme terhadap pemulihan sektor pelancongan selepas pembukaan rentas negeri dan negara diumumkan.

AirAsia Group mencatat kenaikan sekitar 10 sen kepada RM1.29, sementara AirAsia X pula menokok satu sen kepada 9.5 sen.

Dalam pada itu, Malacca Securities Sdn Bhd mengatakan kebenaran merentas negeri dan ke luar negara pada minggu ini telah meningkatkan prospek ekonomi dan sekali gus menarik minat saham tempatan.

Tambahnya lagi, optimisme ini juga akan membantu pemulihan dalam saham yang berkaitan syarikat penerbangan, pelancongan dan pengangkutan.

Kenaikan harga komoditi dan pasaran Asia yang positif juga dikatakan akan mendorong peningkatan dalam bursa tempatan, menurut firma penyelidikan itu.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Press Metal menokok 10 sen kepada RM6.19, sementara Petrol Chemicals melonjak 13 sen kepada RM8.81. Maybank pula meningkat 4 sen kepada RM8.09 dan Public Bank naik 2 sen kepada RM4.10.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat