Bursa Diteruskan Perlahan Namun Kekal Positif Sejak Awal Minggu

73

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencapai 0.41 mata pada 1,540.30 daripada penutupan Selasa pada 1,539.89.

Indeks dibuka 0.5 mata pada 1,540.39.

Ia dibuka tinggi namun dijangkakan terdapat aktiviti pengambilan untung sederhana ekoran keuntungan berturut-turut sejak beberapa hari lepas.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 141 berbanding 106, manakala 206 kaunter pula tidak berubah, 1,858 tidak didagangkan dan 37 digantung.

Jumlah perolehan pada 76.25 juta unit bernilai RM51.69 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan pasaran sedang memerhati keadaan varian Omicron Covid-19 yang telah menyebabkan pembatalan penerbangan di kebanyakan negara walaupun simptomnya ringan.

Selain itu, mereka menjangkakan terdapat aktiviti pengambilan untung sederhana dalam pasaran tempatan walau bagaimanapun aktiviti dagangan pasaran mungkin pulih dengan pembangunan baharu duti setem dagangan saham yang mengehadkan risiko penurunan kepada pasaran meluas.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) naik 2 sen pada RM8.90, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan IHH Healthcare kekal pada RM8.30 dan RM6.78 sementara Public Bank Bhd hilang 1 sen pada RM4.17.

Saham aktif memperlihatkan Opcom Holdings Bhd macu 3 sen pada RM1.01, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dan Scope Industries Bhd kumpul 0.5 sen pada 78 sen dan 27.5 sen, Sern Kou Resource Bhd kekal pada 74 sen sementara Ecomate Holdings Bhd hilang 0.5 sen pada 50.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 5.40 mata pada 11,169.12, indeks FBMT 100 tambah 4.09 mata pada 10,868.39 dan indeks FBM Emas Shariah canak 17.63 mata pada 12,029.93.

FBM 70 naik 10.7 mata pada 14,214.71 dan FBM ACE tambah 17.35 mata pada 6,340.84.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menambah 0.23 mata pada 201.26, indeks Perladangan memacu 8.18 mata pada 6,585.63 dan indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 20.53 mata pada 15,551.96.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat