Bursa Kekal Momentum Mendatar Harini

111

Pada jam 9.24 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menaik 0.2 mata pada 1,522.47 daripada penutupan Rabu pada 1,522.27.

Ia dibuka mendatar ekoran kekurangan pemangkin baharu.

Indeks dibuka 1.95 mata pada 1,520.32.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 260 berbanding 198, manakala 325 kaunter pula tidak berubah, 1,558 tidak didagangkan dan 44 digantung.

Jumlah perolehan pada 359.7 juta unit bernilai RM173.45 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Rakuten Trade menyatakan corak dagangan mendatar ini dijangka berlarutan sehingga Khamis dan sentimen mungkin bertukar sedikit positif ekoran pembukaan laluan perjalanan bagi yang telah lengkap vaksin diantara Malaysia dan Singapura.

Tambahnya lagi, mereka menjangkakan indeks akan berada dalam aliran berjulat ketat antara 1,520 dan 1,530.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd masing-masing naik 3 sen pada RM8.15 DAN RM8.37 dan Tenaga Nasional Bhd dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd masing-masing tambah 2 sen pada RM9.46 dan RM5.67 sementara IHH Healthcare Bhd susut 4 sen pada RM6.65 dan Maxis Bhd jatuh 1 sen pada RM4.58.

Saham aktif memperlihatkan G3 Global Bhd dan D’nonce Technology Bhd masing-masing meningkat 1 sen pada 14.5 sen dan 36 sen, Fitters Diversified Bhd bertambah 0.5 sen pada 51 sen dan Ageson Bhd dan Kejuruteraan Asastera Bhd kekal 5.5 sen dan 32 sen. NWP Holdings Bhd menyusut 1.5 sen pada 30.5 sen dan Dagang NeXchange Bhd menurun 0.5 sen pada 87.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 5.68 mata ke 11,198.83, indeks FBMT 100 menaik 5.79 mata ke 10,855.07, indeks FBM Emas Shariah bertambah 3.01 mata pada 12,139.18 dan FBM ACE menguncup 25.98 mata pada 6,725.33 manakala FBM 70 melonjak 24.93 mata pada 14,655.99.

Indeks Industrial Products and Services naik 0.43 mata pada 199.63, indeks Perladangan susut 4.35 mata pada 6,596.96 dan indeks Perkhidmatan Kewangan kekal 16.77 mata pada 15,286.49.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat