Bursa Kekalkan Prestasi Hijau, Kurangkan Kontroversi Merah

139

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.30 mata pada 1,540.86 daripada penutupan hari Rabu pada 1,535.56.

Indeks dibuka kukuh 4.16 mata pada 1,539.72.

Bursa memanjangkan prestasi positif menghijau buat 4 sesi berturut-turut, hasil sokongan minat belian berterusan yang selari dengan sentimen positif pasaran serantau.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 299 mengatasi kaunter rugi pada 290, manakala 287 kaunter pula tidak berubah, 1,437 tidak didagangkan dan 31 digantung.

Jumlah perolehan pada 659.27 juta unit bernilai RM301.55 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan di sebalik lantunan pada Wall Street, pasaran tempatan kekal berhati-hati berdasarkan kebimbangan krisis bekalan yang akan melembabkan pertumbuhan ekonomi.

Sungguhpun begitu, pelabur mungkin menempatkan diri pada sektor yang memanfaatkan komoditi semasa berlakunya tekanan inflasi.

Selain itu, pelabur dijangka memenuhi sektor amanah pelaburan hartanah dan sektor teknologi.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank tambah 7 sen pada RM9.03, Public Bank maju 4 sen pada RM4.59, IHH Healthcare naik 5 sen pada RM6.48 dan TNB lonjak 1 sen pada RM9.20 sementara Petronas Chemicals susut 7 sen pada RM9.86.

Saham aktif memperlihatkan Serba Dinamik naik 1.5 sen pada 11.5 sen dan Cypark Resource lonjak 3 sen pada 41 sen sementara KNM Group hilang 0.5 sen pada 15 sen dan MNC Wireless kekal pada 1.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE mencapai 57.17 mata pada 5,248.09, indeks FBM Emas Shariah meningkat 15.10 mata pada 11,348.02, indeks FBM Emas memacu 33.90 mata pada 10,983.35, indeks FBMT100 mengumpul 37.29 mata pada 10,670.44 dan FBM70 mengukuh 48.10 mata pada 13,067.58.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menurun 0.51 mata pada 196.95, indeks Perkhidmatan Kewangan mlonjak 101.63 mata pada 16,597.36 dan indeks Perladangan memacu 15.97 mata pada 8,052.27.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat